Monday, September 28, 2009

kata hati

Hari itu,dalam bulan syawal,pastinya sanak saudara berkumpul.berjumpa sepupu2 yang membuat aku selesa bercerita itu dan ini.cuma sering terpisah dek kerana waktu yang bergerak pantas.so the most famous question untuk aku yang masih bujang dek kerana sepupu2 aku sudah berkeluarga ialah:"ha along bila pulak nak kawin?".
huhu aku hanya tersenyum dan jawapan yang selalu aku beri bila soalan bonus ini keluar dari mulut yang selalu bertanya.
"insyaallah bulan 12,tapi...tak tau lah tahun bila".
dan jawapan tersebut mengundang bebelan dari si ibu2 saudara:"anak dara zama sekarang ni memilih sangat".
bukan aku memilih tapi the other side of me yang tergambar di sebalik perwatakan ini,terlindung impian menggunung. aku tersenyum, hanya si ibu yang tahu lelaki idaman ku. biar bergaya, biar berharta, menjaga hati org tua dan yang paling penting lelaki yang tak tinggal sejadah dan buta Quran. balasan si ibu: "nobody perfect dlm dunia ni"
tapi tak salah kan meletakkan harapan menggunung untuk sebuah impian yang tak pasti.
*senyum kelat*

Thursday, September 24, 2009

raya episod 1


1 Syawal sudah berlalu meninggalkan kita; dan hari ini sudah 5 Syawal.

masa masa yang manis kebiasaannya akan pantas pergi meninggalkan kita,

setiap memori akan terpahat dlm igatan,

gelak tawa dan gurau senda menjadi sebahagian kenangan terindah


*tadah tangan berterima kasih dan bersyukur kepada Tuhan*

adik beradik

Saturday, September 5, 2009

rasa hati

tuhan,
kadang-kala aku merasa jiwa ini sudah mati,
bosan,sunyi,sepi,marah,kecewa bercampur dalam diri,
rasa tak pernah tercapai apa yg dihajati,
dan,
hari tetap berganti,
namun apa yang didapati paling-paling tak ditepati.