Tuesday, September 23, 2008

yum..yum...

nice cupcake.....
yummmmm....yum...

Monday, September 22, 2008

Penghuni Baru

Finally akhirnya aku, wawa , haneey n d others telah mendapatkan rumah sewa kat orchad square. tempat dimana sejarah hitam yang pernah aku lalui dahulu masa intersesi. aku igatkan x nak kembali kat tempat tu tapi aku rase dah rezeki kitaorg dapat kat situ redha je lah. menurut dari sumber-sumber yang boleh dipercayai rumah tu fully furnish dengan bayaran yang berpatutan. tapi yang penting aku dah tak payah pikir nak naik bas UiTM pagi2 n petang. dah tak payah pikir pasal bas gadong yang suke hati die je jalan tak ikut masa. lepas ini berjalan lah kaki dengan membawa payung setiap hari ke campus......

aku gembira?

Aku terharu?

Fikiran Aku Bercelaru......



Tuesday, September 16, 2008

KAMI THE MOVIE


Musim Kecelaruan

kenapa orang suka pentingkan diri sendiri?
kenapa tak suka pentingkan diri kawan-kawan?
mungkin sebab kalau mati kubur lain-lain kot.....
atau mungkin bila pentingkan diri sendiri dapat memuaskan hati dan naluri.
atau mungkin aku pun pernah pentingkan diri sendiri tapi rasanya taklah sampai nak menyusahkan orang lain..ntah hanya tuhan yang tahu...
tarik nafas dan lepaskan perlahan-lahan...........

Wednesday, September 10, 2008

Cinta...Realiti @ Fantasi


well hai people, sorry coz dah lame x update blog..tahap kemalasan yang melampau telah mengatasi segala-galanya. tiap-tiap hari melakukan benda yang sama. walaupun dah balik malaysia lebih kurang 1 bulan tapi still x de mood. memang betul lah hidup ini akan lebih membosankan bila kita sendiri yang membosankan hidup kita. emosi aku kebelakangan ini berada di tahap yang normal.


hari ini dah 11 hari kita berpuasa, kerja still berlambak yang mana rasanya akan terus bertimbun kalau di biarkan.

diam...
aku tak mahu pikir apa-apa.

tapi jiwa aku tersentuh bila tgk cita "ayat2 cinta" baru2 ni (thanks kpd Bo).tapi aku taklah menangis tersedu-sedan cuma tak sangka kalau sbenarnya cinta itu membawa kepada bencana dan rahmat. bencana bila cinta itu di tolak dan rahmat bila cinta itu diterima.

menguatkan lagi fakta ini bila aku baca novel "Hijab Sang Pencinta".

CINTA, satu perkara yang bukan semua mampu untuk mendefinisikan.

dalam hidup ini semua diberi pilihan tapi tak tahu sama ada pilihan tu betul atau tidak. so it's life face it..or leave it...