Monday, September 28, 2009

kata hati

Hari itu,dalam bulan syawal,pastinya sanak saudara berkumpul.berjumpa sepupu2 yang membuat aku selesa bercerita itu dan ini.cuma sering terpisah dek kerana waktu yang bergerak pantas.so the most famous question untuk aku yang masih bujang dek kerana sepupu2 aku sudah berkeluarga ialah:"ha along bila pulak nak kawin?".
huhu aku hanya tersenyum dan jawapan yang selalu aku beri bila soalan bonus ini keluar dari mulut yang selalu bertanya.
"insyaallah bulan 12,tapi...tak tau lah tahun bila".
dan jawapan tersebut mengundang bebelan dari si ibu2 saudara:"anak dara zama sekarang ni memilih sangat".
bukan aku memilih tapi the other side of me yang tergambar di sebalik perwatakan ini,terlindung impian menggunung. aku tersenyum, hanya si ibu yang tahu lelaki idaman ku. biar bergaya, biar berharta, menjaga hati org tua dan yang paling penting lelaki yang tak tinggal sejadah dan buta Quran. balasan si ibu: "nobody perfect dlm dunia ni"
tapi tak salah kan meletakkan harapan menggunung untuk sebuah impian yang tak pasti.
*senyum kelat*

Thursday, September 24, 2009

raya episod 1


1 Syawal sudah berlalu meninggalkan kita; dan hari ini sudah 5 Syawal.

masa masa yang manis kebiasaannya akan pantas pergi meninggalkan kita,

setiap memori akan terpahat dlm igatan,

gelak tawa dan gurau senda menjadi sebahagian kenangan terindah


*tadah tangan berterima kasih dan bersyukur kepada Tuhan*

adik beradik

Saturday, September 5, 2009

rasa hati

tuhan,
kadang-kala aku merasa jiwa ini sudah mati,
bosan,sunyi,sepi,marah,kecewa bercampur dalam diri,
rasa tak pernah tercapai apa yg dihajati,
dan,
hari tetap berganti,
namun apa yang didapati paling-paling tak ditepati.

Tuesday, August 18, 2009

si kembar yg disayangi,selamat hari lahir

utk si kembar yg disayangi, selamat hari lahir.
untuk beberapa jam lagi, kamu akan menjadi dewasa,kamu akan terus dewasa, dan pertambahan umur seperti hari-hari yang berlalu.
hadapi hidup dengan tenang.
*senyum dengan lebar*

Wednesday, August 5, 2009

Thursday, June 11, 2009

apa ni?


mesti cita2 si kecik ni nak jadi ladybird.
"mama saya nak jadi ladybird"

Thursday, May 21, 2009

hepi bezday atok!!!

along tak de duit so dpt kek ni je utk atok....
kitaorg sayang atok!!!!

Sunday, May 3, 2009

ada aku tanye sama kau?

soalan lazim yang akan ditanya pada orang yang suka terhegeh-hegeh menyampuk dikala kita sedang berborak..
"eh tadi korang cite ape?"
tak pun
"ah?ah?"
argh tiada siaran ulangan
kalau dah tau nak dengar bukak telinga tu besar2
tak pun duduk di satu sudut dan hisap jari sorang sorang
jangan masuk campur boleh tak?
pi main jauh2 n sorang2.

Saturday, April 25, 2009

sebelum dan selepas

semak
tak semak lagi sebab dah malas-tido zzzzz
*tarik nafas*





Wednesday, April 22, 2009

die cakap aku tak sayang die

aku betul2 sayang....

Ana Behibak انا بحبك
Wo ie ni 我爱你
Je t'aime
ich leba dich
Main tumse pyar karti hun मैं तुमसे प्यार करता हूँ
Saya sayang awak
Kimi o ai shiteru 愛している
Tangsinul sarang ha yo 안하다 사랑한
Te amo
Ch'an Rak Khun
Em ye^u anh

kamu percaya?
*senyum*

Tuesday, April 21, 2009

sudah separuh

Hari hari hidup dihurungi buku buku
turut terhegeh hegeh merapati aku ialah pensel, bekas pensel, pemadam,pen
nota dah separuh complete
arrh dah final exam...
*takutnye nak jawab paper*

Monday, April 13, 2009

Dark side of me,Keji!

kadang kala bila melihat perangai orang lain kita rasa tak bagus,
tapi kita tak tahu yang bagus sangat ke diri kita,
aku benci sangat dengan orang orang yang cakap prang prung prang prung,konon konon dialah yang bagus, dialah berjasa, dan dialah yang berkemampuan, berkemahiran, bagus, semua yang positif.
dan kita yang mendengar kena bertepuk tangan..
yeyeeh mari kita bertepuk tangan...
kadang2 kita perlu menjadi hipokrik untuk menjaga hati orang lain.
hanya menjadi pemerhati bebas untuk ketawa,suka dan bergembira.
*seyum kelat*

Wednesday, April 8, 2009

Hari Ini Langit Sangat Mendung

kalau langit sangat mendung bermakna hari nak hujan....
kalau hari nak hujan bermakna baju yang aku sidai akan basah....
tapi...
aku malas nak balik angkat baju...
*Padan muka aku*

Konspirasi Minggu Ini

minggu ni penuh dengan tekannan dari kiri dan kanan. kadang2 aku rasa ada satu kospirasi dari pertubuhan yang tak tau lah di iktiraf atau tak.kenape aku cakap konspirasi?
sebab dari hari selasa ada test sampai ke hari sabtu. tidak cukup dengan test kena submit plak assigment. tu tak kisah lagi sebab memang dah kewajipan untuk submit assigment tu, memburukkan lagi keadaan bila virus2 computer telah berpakat untuk menyerang. abis segala usaha yang telah aku buat bila mana aku bukak pena memandu aku langsung tiada mengandungi isi.
apa yang mampu aku buat hanyalah menadah tangan memohon kekuatan dariNya.
*Hadapi dengan senyuman*

Sunday, March 29, 2009

ku lihat hijau dan tiba2 gelap

lokasi yang di tuju: Zoo Melaka

7.30 a.m

keluar dari rumah untuk menuju ke Zoo melaka
dalam hati menyayi lagu2
ahh malasnye nak pi tanam pokok kat zoo..
tapi jiwa kena bersemangat untuk mengurangkan pemanasan global
adui..
dah name pun kat zoo byk gile haiwan2
tak de lain yang aku tengok persembahan elephant
wah seronoknye
terasa jiwa kembali muda...
2.30 p.m

cuaca yang panas menyebabkan tahap tenaga aku berkurangan
katil melambai-lambai
balik rumah dan tido.....


8.30 p.m

keluar dari toilet
eh apasal gelap ni?
oh housemate aku support 60 earth hour
tak boleh jadi ni
bukak sikit lampu baru boleh cari baju...

*senyum kelat*

aku bukan anti sosial

inilah aku...
bukan aku yang nak jadi anti sosial....
tapi jiwa aku yang menginginkan kehidupan sebegini..
punyai alasan yang kukuh untuk bersendiri....
kamu tau tak?
diam,sunyi,sepi
itu kadang2 lebih indah dari...
bising, bingit dan bingar.
*senyum sorang2 mcm org gila*

Tuesday, March 24, 2009

jiwa ribut

hari demi hari aku dah rase menyampah tgk muke die. aku punya alasan yang kukuh utk rase menyampah tgk muka die.mak bedah and the geng pun memulakan peranan dieorang. yelah dah name pun geng kan......
korang penah rase tak kena tikam dari belakang?rase mcm nak tikam balik kan?tp mcm ner? klau dah kena tikam bkan ke spatutnye dah mati. mcm ner nak tikam balik?.......
aku tak menyusahkan hidup die yang die nak menyusahkan hidup aku tu apehal.dah jelous sgt ke tgk aku byk kasut?die rase care die jalan tu dah mcm american next top model ke?die rase muke die tu dah cantik mcm datin sofiera dlm spa q ke?salah ke kalau aku suke duk umah sorang2?aku tak mntak ape2 pun kat die klau aku duk umah sorang2.
aku rase jawa aku dah semakin kacau sampai aku ckp sorang2.
wlaupape pun aku nak ckp gak klau baju yg kotor boleh basuh tp klau hati dah kotor smpai busuk pun tak sedar.
hahaha ketawa utk menyakinkan diri......